INSTITUT ONN JAA’FAR (IOJ) DILANCARKAN UNTUK MEMBANTU GOLONGAN YANG MEMERLUKAN

KUALA LUMPUR 7 September 2014 – Institut Onn Ja’afar (IOJ) dilancarkan hari ini oleh penaungnya Yang Berhormat Dato’Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn.

IOJ yang merupakan sebuah badan bukan kerajaan diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO) Charles Mohan, yang merupakan seorang personaliti dan bekas editor kanan bilik berita NTV7.

Menurut Charles, IOJ bermisi untuk muncul sebagai NGO utama di Malaysia dengan melaksanakan program dan kempen untuk membantu golongan miskin,kurang bernasib baik dan mudah terdedah kepada bahaya (vulnerable) di dalam dan luar negara.

Manakala misi IOJ pula, adalah untuk menghulurkan bantuan kepada kumpulan sasar ini pada kadar segera, sementara menantikan bantuan utama tiba dari pihak yang bertanggungjawab.

IOJ menghulurkan bantuan dengan 5 kaedah:

Bantuan kemanusiaan dan pemeriksaan kesihatan.
Kelas tuisyen sementara untuk kanak-kanak miskin dengan percuma yang akan dijalankan oleh sukarelawan IOJ.
Mengumpul dan mengagihkan bantuan dalam bentuk barang keperluan kepada golongan yang terbabit dalam bencana alam.
Mengkordinasi dan mengagihkan makanan melalui program pendermaan makanan.
Memobilisasikan sukarelawan IOJ.
Menurut Charles, IOJ yang meletakkan kedudukannya sebagai NGO tanpa mengira bangsa,agama dan latar belakang terbuka kepada sukarelawan seawal usia 16 tahun.

“Dengan cara ini IOJ yakin mampu mendaftarkan angka sukarelawan yang realistik. Sasaran kami adalah 500 sehingga 1000 sukarelawan aktif dalam tempoh setahun NGO ini dilancarkan. Sukarelawan boleh mendaftar melalui laman web kami beralamat www.institutonnjaafar.com,” kata beliau.

Tambah Charles, program mempromosi IOJ akan mula dilaksanakan di sekolah dan institusi pengajian tinggi awam, IPTA dan institusi pengajian tinggi swasta, IPTS sejurus selepas pelancarannya pada hari ini. Golongan bekerja (working adults) juga dialu-alukan untuk berdaftar dengan Institusi ini.

Mereka yang berminat untuk berdaftar sebagai sukarelawan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai IOJ boleh bebuat demikian dengan menghubungi IOJ melalui

Add Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *